Sunday, August 22, 2021

Kata2 Tuan Mukhlis ttg PH Tukar Pimpinan 21/8/21

 Dari FB tuan Mukhlis


Adakah PH Kena Tukar Pimpinan?

Tiba-tiba pula dengar suara sumbang yang kata PH kena tukar kepimpinan sebab Anwar gagal ambil alih kepimpinan Malaysia, yang pelik bunyi itu datang dari penyokong DAP (maybe pro DAP 2 orang yang sanggup terima deal Mahiadin) , geng Oren Masam (rujuk post kak Najah) dan orang luar PH ( Kadir Jasin).

Saya adalah orang yang analitik, nak buat sesuatu kita kena di pacu oleh data. 

Dalam PRU14, kerusi PKR naik dari PRU13. PRU13 PKR hanya dapat 30 kerusi tapi PRU14 PKR menang 47 daripada 71 di pertandingkan. DAP pula menang kerusi 42 daripada 47 yang di pertandingkan. Untuk kata PKR dan Anwar gagal adalah satu understatement. Kerusi kemenangan naik 56% adakah itu tanda gagal? DAP pula hampir sapu bersih semua kerusi yang mereka tandingi sampai MCA dan MIC hanya tinggal 3 kerusi. Ini bermakna undi DAP itu sendiri sudah tepu. Yang tinggal hanya undi Melayu di kawasan luar bandar untuk di pertandingkan.

Berbalik pada tukar pimpinan PH, saya setuju kalau ada data yang lengkap kata PH perlu ada nafas baru untuk jadi Kerajaan. Bagi saya data dari 3rd party survey dan PH kena promosikan leader tersebut dari sekarang. PRU15 pun tak lama lagi. Tapi kalau tak ada muka baru yang berani ambil risiko, why fix something that is not even broken? Lagipun bukan Anwar Ibrahim yang khianat, dia hanya cuba perbaiki benda yang di tinggalkan oleh pengkhianat. Dan nak membaiki sesuatu adalah lebih susah dari membina sesuatu. 

Awak juga yang bising kerajaan gagal 17 bulan, lepas tu awak nak bagi nyawa lagi pada mereka konon-kononnya mereka nak reform. PH dah jumpa dengan PN awal tahun hari itu, bukan tak jumpa. PH kata kena buat CSA dengan pembangkang, tapi Mahiadin angkuh. Jadi macam mana awak boleh percaya yang Mahiadin hendak reform padahal dia sendiri ada 17 bulan hendak reform tapi tak buat apa, itu tak masuk dua hari lepas kata tak mahu sokong kleptokrat, tapi dia juga bagi nyawa pada kleptokrat. Scheme of things 2.0 depan TV? That is a whole new level. Mana prinsip DAP kalau boleh terima offer rasuah depan-depan TV? Silap-silap pengundi DAP semua lari ke MCA dan MIC. Jangan lupa, To every action there is always an equal and opposite reaction.

Kalau kalah undi rakyat di kira sebagai ukuran kegagalan, rasanya Warisan pun sudah boleh tukar leadership. Sebab mereka bukan sahaja kalah state, tapi siap bagi hadiah Covid pada seluruh rakyat Malaysia. Lepas itu kalau saya hendak bermain naratif, DAP juga perlu tukar leadership, sebab LGE sendiri sudah sebaris dengan Najib Razak jadi kluster Mahkamah.

Tapi sebab saya orang yang berfikir jauh, saya faham yang tuduhan terhadap LGE itu lebih pada political patronage, dia tak mahu tunduk pada Muhaiadin, kena dakwaan. Sama macam Syed Saddiq kena. Pasal warisan juga, ia adalah satu pengajaran yang jangan jadi tamak, kena juga utamakan rakan-rakan yang lain. Dan saya berterima kasih kerana pembangkang boleh bersatu dalam melawan kezaliman. Kalah menang itu ada permainan, tapi prinsip itu lebih utama.  

Baca Tweet Zahid dan Buddi Hekayat. Kalau ikut konvensyen parlimen Westmister, Ketua Pembangkang patut di beri peluang di Britain. Buddi juga kata yang dalam masa 2 minggu ini tak ada satu pun prinsip perjuangan yang kita lacurkan demi kuasa. 

Kalau anda setuju dengan kaedah kawtim untuk dapat sesuatu, kenapa anda marah kalau pengadil bola misalnya kawtim dengan pasukan lawan anda, bukankah anda pada prinsip asasnya setuju kawtim tersebut? Tak boleh la kalau benda itu dapat faedah pada kita, kita kata boleh, kalau faedah pada lawan kita, kita kata salah. Itu bukan prinsip, itu FIQH halalluna wa haramukum lebai. Sebab mereka tak ada prinsip yang mereka sanggup jadi khadam UMNO, khadam bersatu dan khadam MIC dan MCA. Ka anda suka jadi khadam? 

Saya sendiri ada kes peribadi 17 tahun lepas di offer untuk bayar duit kopi kalau tak kena saman sebab bawa van persendirian tapi ada barang perniagaan. Tapi saya cakap dengan baik saya tak suka deal macam ini. In the end saya kena saman terpaksa naik mahkamah. 3 kali nak court siap duit melayang. Adakah saya rasa rugi pertahankan prinsip? Tidak. Sebab saya hendak anak cucu saya nanti juga hidup berprinsip, biarpun tidak kaya. Biar mati berdiri berprinsip dari hidup melutut jadi hamba rasuah. 

Adakah kita kecewa PH tak dapat jadi kerajaan? Ya. 

Tapi adakah kita lebih kecewa jika PH jadi kerajaan dan jadi korup macam Bersatu, offer scheme of things juga? Ya. 

Kalau Anwar buat deal dengan GPS, janji macam-macam, orang akan tanya, apa jadi dengan janji kamu hendak bawa politik reform jika kamu dua kali lima?

Contoh terbaik Nabi Nuh @ Noah berdakwah selama 950 tahun, tapi dapat 80 orang pengikut, sampai anak baginda sendiri pun masih lagi tidak mahu beriman.

Surah Al-Ankabut ada menceritakan kisah di bawah. 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim." Al Ankabut ayat 14.

Ada tak Allah sebut dakwah Nabi Nuh A.S gagal sebab berusaha selama 950 tapi hanya dapat 80 orang pengikut? Tak ada. 

Yang ada ialah usaha Nabi Nuh A.S telah merintis jalan untuk Nabi-Nabi yang seterusnya. 

Bukanlah Allah tak boleh jadikan pengikut Nabi Nuh itu 800 orang, 80 juta pun boleh tapi itu bukan ibrah dia. 

Bahkan Allah boleh jadikan seluruh penduduk dunia ini beriman jika Allah mahu. Tapi itu bukan urusan kita. Urusan kita hanya amal maaruf dan nahi mungkar. Mereka nak terima atau tidak, terpulang pada mereka. 

"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?" Yunus-99

Maknanya jika Allah mahu, Allah boleh bolak balikkan hati pengkhianat itu untuk sokong kepada kebenaran tapi itu tidak terjadi. Kita boleh offer emas satu gunung Uhud pun untuk timbal balik sokongan, kalau Allah tak izin takkan terjadi. 

Jadi urusan kita, kita offer satu wadah politik yang baharu, politik berprinsip, tapi kalau mereka hendak tolak, itu di luar keupayaan kita. Adakah kita patut counter scheme of things juga, hanya semata-mata hendak berkuasa? Sudah tentu tidak. 

Perbuatan jahat @ maksiat ini tak kiralah kecil sekali manapun kalau di normalisasi akan jadi barah. Bila kita offer, hendak bawa Islah (pembaharuan) pasti ada penentangan, mungkin pada mereka yang menjadikan dunia dan isinya sebagai syurga; scheme of things sikit-sikit tak apa, janji for the greater good. Ingat peringatan Allah di bawah ini. 

Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya."(QS Al-Kahfi:7-8).

Padahal dunia ini hanya ibarat bangkai kambing yang cacat; tapi ada manusia sanggup korban prinsip, jiwa, raga dan berkhianat hanya semata-mata untuk bangkai, sudahlah bangkai , kambing yang cacat pula. The lowest of low. 

Itu saya setuju dengan tulisan Ipoh Mali, peluang ini Allah ciptakan hanya untuk melihat dan jadi ujian untuk mereka yang sembang kata tak sokong kleptokrat. Berdegar-degar dalam media kata dia di jatuhkan sebab tak mahu deal dengan kluster mahkamah. Yang 18 orang dalam parti agamapun, tak ada seorang boleh pakai. Yang dalam Bersatu, dulu geng usrah pun tak boleh nak fikir mana yang baik, mana yang buruk. 

Semua mereka ini tewas dengan ujian harta dan pangkat. Jadi mereka kena ingat, syurga itu tidak semudah ada kad Ahli parti. Masuk syurga adalah dengan rahmat Allah tetapi apapun yang terjadi di dunia semua ini adalah ujian bagi kita. 

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3). 

Saya masih berpegang pada prinsip, orang yang berkhianat takkan senang. Mereka yang berkhianat ini contoh Jemin dia cita-citanya hendak jadi Perdana Menteri. Nampaknya bila UMNO sudah jadi PM, jangankan cita-cita nak jadi Perdana Menteri, kalau tak masuk dalam penjara pun sudah kira sangat bernasib baik.

#Baca komen analis politik yang kata Bersatu dalam masalah besar, sama macam apa yang saya ramai beberapa hari lepas. Adakah ia akan terjadi? Hanya masa yang akan jadi hakim.

WAllahualam

----

sumber sini 










No comments: