Wednesday, August 11, 2021

Artikel Tentang Jurutera TESLA Malaysia August 2021

Sumber asli

   TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

Baru-baru ini seorang pelajar Malaysia telah dilantik oleh TESLA sebagai tenaga pengajar robotik. Jadi bagaimana beliau melakukannya?

Cik Fakhirah Khairuddin adalah seorang bekas pelajar di MRSM (Maktab Rendah Sains) Kota Putra (Ulul Albab). Selepas menamatkan pengajian, beliau melanjutkan pelajaran di dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego yang ditaja oleh MARA. Selepas itu, beliau mengambil pula Sarjana di dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California, San Diego yang telah ditaja oleh UC. Walaubagaimanapun untuk mendapat pekerjaan di TESLA bukanlah sesuatu yang mudah namun beliau mempunyai pengalaman teknikal yang begitu luas seperti: 

1- Beliau bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsion di University of California di mana beliau telah menulis kod Matlab bagi mempelajari pengaliran haba enjin roket.

2- Beliau mengungguli tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge 2019 dan bersaing bersama lebih 50 pasukan yang lain. Kemenangan beliau itu adalah hasil kerja projek senjata robotik yang beliau rekacipta dan rancang.

3- Beliau juga merupakan teraju ketua pasukan di dalam penyelidikan dan pembangunan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.

4- Bukan itu sahaja, beliau telah mereka cipta quadcopter, bekas penderia dan gear pendaratan pada Solidworks di samping memperlihatkan konsep baru melalui ujian cetak berbentuk 3D serta memperbaharui reka bentuk lelaran. Malahan banyak lagi projek yang beliau hasilkan! Justeru tidak hairan lagi apabila TESLA melantik beliau. Kini beliau berada di Fremont, California dan bekerja sebagai tenaga pengajar Latihan Robotik Teknikal di Tesla, serta mengajar FANUC dan robot Kuka kepada ramai jurutera dan juruteknik.

Untuk makluman semua, TESLA ialah majikan #1 di Amerika Syarikat yang menjadi tempat pelajar kejuruteraan ingin bekerja https://www.teslarati.com/tesla-most-attractive-employer…/

Tahniah Cik Fakhirah! Semoga beliau menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk meminati pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)!

-------



 

No comments: