Tuesday, January 12, 2021

Future of China?

 I love this article on the future of China. Will post my reviews soon.

Gambar2 Jenaka PKP dan Darurat Bahagian 1

Saya letak gambar2 yg saya terima di WA di sini, untuk kenang-kenangan ...

Monday, January 11, 2021

Nota2 Mula Darurat 2021

 

Menarik tulisan di bawah ni ...


Saja aku tulis kronologi di sini untuk kita semua tak lupa apa yang berlaku kat negara kita.

Dan untuk kita cerita kat cucu-cicik kita, betapa jadahnya politik Malaysia.

24 Februari 2020 – Bersatu umum keluar PH. Kenyataan dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

24 Februari 2020 – Tun Dr Mahathir umum letak jawatan sebagai PM. Secara automatik seluruh kerajaan PH tumbang.

Bersatu keluar PH khabarnya diputuskan MT. Tetapi Tun M letak jawatan PM tak ada perbincangan even dengan Majlis Presiden PH.

Ini dua tindakan besar yang memulakan segala huru-hara yang kita, rakyat hadapi hari ini. Ingat tu.

Masa tu, kes masih boleh dikawal. Muhyiddin jadi hero, keluar baca doa dan perutusan hari-hari tapi tak benarkan wartawan tanya soalan.

Rupanya di sebalik doa dok merancang dengan Hamzah untuk rampas Sabah. Langkah pertama, lepaskan Musa Aman.

Musa Aman buat kerja. Akhirnya umum cukup majoriti untuk bentuk Kerajaan Negeri. Shafie Apdal menghadap TYT, cadangkan PRN dan dipersetujui.

Maka bermula huru-hara kedua. Terutama bila Ismail Sabri tiba-tiba ubah SOP kata yang pulang dari Sabah tak ada simptom tak payah kuarantin.

Masa tu kes Sabah dah 3 angka.

Lepas tu habislah kes terus mencanak naik. Entah berapa menteri positif.

Dari hari tu, sampai sekarang, UMNO malam-malam dok meeting. Najib dan Zahid buat move nak ceraikan UMNO dengan Bersatu sebab kes mereka tak nampak cara nak diselamatkan. Kes duit UMNO pun tak lepas-lepas sampai sudah. Mana UMNO tak marah.

Dari akar umbi sampai ke peringkat atasan, UMNO tak habis-habis bergaduh.

Akhirnya Annuar Musa kena pecat. Buat kenyataan media kata surat Zahid kepada Agong itu sahih. Lagi satu drama mula.

Lepas tu Jazlan umum tarik sokongan. Muhyiddin jadi 110.

Semalam keluar satu notis, MP Padang Rengas akan buat kenyataan hari ni jam 2 pm. Khabarnya nak tarik sokongan kepada Muhyiddin juga.

109, secara asasnya kerajaan dah tak ada majoriti.

Tapi keluarlah berita, Agong perkenan darurat yang disyorkan PM semalam jam 5.30 PM.

Lihat permainan percaturan kuasa politikus elitis ini tuan2.

Kita ni dengan banjir tak surut2, kes canak naik, lepas tu ekonomi lembap, nak makan kita pun pening nak cari, mereka hari-hari meeting politik.

Hari ni tengoklah orang beratur kat KWSP last day nak ambik duit sendiri nak hidup.

Selepas PKP, darurat terus sampai Ogos. Darurat ni bererti, kerajaan ni kekal walaupun haram jadah punya tak kompeten dan haram jadah punya tak sedar diri yang merekalah punca semua ini.

Aku marah, aku bengang dan aku geram. Tapi aku tak boleh nak buat apa.

Kepada semua pemimpin yang mencatur semua ni samada depan2 atau belakang2, aku takkan maafkan korang sampai bila-bila.

Kau tak kenal aku dan kau tak akan menjawab pun pada aku. Tapi aku doa, kau hadaplah dengan Tuhan nanti dan kau jawablah dengan Tuhan.

Ini semua saham dosa yang kau kumpul sampai akhirat dan sampai padang mashyar nanti. Kau jawab semua ni depan Tuhan bersaksikan 32.7 juta rakyat Malaysia.

Tak kisahlah kau siapa, pak lebai pak ustaz pak melayu keris ke apa, atau pak penangguk pengikut atas nama agama ke apa, sebab kaulah rakyat semua kebulur.

Sejarah ni tak akan dilupakan. Sampai kau mati pun orang akan menyumpah nama kau.

Kami tak boleh balas apa kau buat, tapi Tuhan boleh.

- Ah, Netizen biasa


----

Pandangan saya selepas mendengar ucapan PM TSMY 

-- sektor kesihatan swasta 'dijemput' utk menolong perang Covid 19 ...

-- potensi utk kuasa polis dan tentera utk diluaskan

-- kuasa kerajaan Persekutuan lebih kerajaan negeri dalam semua hal kecuali yang kena mengena dengan adat istiadat dan agama Islam

-- tiada sesi Parlimen atau DUN

-- tiada PRU, PRK, PRN sampai habis darurat. Dah settle, PRU akan diadakan ... katanya lah ...

--


Mcm saya katakan kepada satu group WA ... the next few months will be very interesting ...