Thursday, September 23, 2010

Apakah Yang Akan Berlaku ?

Dua tiga hari ini, saya berfikir .... apakah yang mungkin berlaku jika setiap orang kita menjalankan tugas seperti yang diamanahkan ? Contohnya, jika anda seorang pendidik, didik anak murid mengikut apa yang ditugaskan ...dan lebih ...

Pada pendapat saya, kemelut yang melanda kita sekarang ini, adalah kekurangan dedikasi kita ( termasuk saya ) menjalankan tugasan / tanggungjawab seperti yang diamanahakn. Tanya diri anda, bila anda adalah seorang pelanggan, berapa kali sehari anda berfikir, " Mengapalah mamat / minah ni tidak buat kerja betul2 ? " Dan mungkinkah orang lain berfkir sama terhadap kita ?

Wednesday, September 15, 2010

Dilema Kita Bahagian 1

Sudah lama tidak menulis .. bukan kerana tiada idea tetapi mahu menyusun idea ...

1) Katakan terang - terang

Apa kata kita akui sahaja mengapa kita tidak mahu PR menjadi kerajaan menggantikan BN ? Kita akui terus terang ... yang kita takut hak - hak istimewa Melayu akan dihakis secara diam2 atau terang2 ... tiada lagi biasiswa / pinjaman .. dan sekiannya .... dan juga situasi mana yang menjadi ketua / boss adalah yang bukan Melayu dan yang naik hanyalah bukan Melayu ...  banyak lagi yang boleh saya tulis tetapi cukup untuk saya jadikan contoh. Mengapa saya syorkan kita terang - terang mengaku kemungkinan begini ? Supaya kita boleh tahu bagaimana untuk kita menyelesaikannya .... bagaimana kita boleh laksanakan mekanisma untuk mengelaknya .... apa yang saya lihat sekarang hanyalah retorika daripada kedua - dua belah pihak PR dan BN ( UMNO ) ..

2) Perniagaan Melayu

Tuan - tuan dan puan - puan pembeli... dalam urusan perniagaan jual beli anda, adakah anda mengutama pernigaaan / produk Melayu apabila membuat pilihan anda ? Kalau ya, tahniah ... kalau tidak, adalah alasan anda seperti yang berikut ... produk tidak berkualiti, tidak kelas,et al ? Saya tidak salahkan anda berfikiran begitu ... minda anda telah diprogram .... saya pun dahulu begitu. Tapi yang buatkan saya berubah ialah saya lihat perniagaan Melayu , untuk berjaya, perlukan sokongan orang Melayu. Senang. Lihat perniagaan bukan Melayu, terutamanya Cina, yang menyokongnya adalah orang mereka juga ... tetapi kepada peniaga Melayu, satu peringatan / amaran, jangan pandang enteng / remeh sokongan kami ... anda harus lakukan yang terbaik dan ringan / manis mulut dengan pelanggan2 anda .... saya sokong perniagaan Melayu yang menepati ciri2 yang saya berikan tadi ...