Saya simpan petikan ini untuk rujukan masa hadapan ...
"Tidak senang untuk menerima seseorang yang pernah melakukan khianat dan fitnah kepada keluarga kita. Mungkin ini yang dirasakan oleh kak Wan, Nurul Izzah dan semua ahli keluarga Anwar Ibrahim.
Ketika pakatan harapan sudah dibentuk di peringkat awal, Tun Dr Mahathir mahu terlibat sama. DAP dan AMANAH juga bersetuju. Tetapi, KEADILAN belum membuat keputusan yang jelas lagi.
Namun, suasana politik yang mendesak, Kak Wan dan Nurul Izzah akur dengan keputusan ramai. Demi kawan-kawan dalam Pakatan Harapan, mereka hormati.
Ketika konvensyen Pakatan Harapan tahun 2016, Saya tidak tahu tentatif program bahawa Tun M tidak berucap. Tengah-tengah pemimpin utama PH berucap, tiba-tiba Kak Wan telefon.
Saya angkat telefon. Kak Wan bertanya soalan yang saya anggap pelik pada masa tu.
Kak Wan memaklumkan bahawa Tun M akan hadir.
Pada peringkat awal, saya tidak tahu apa maksud disebalik makluman kak Wan itu.
Tiba-tiba, Kak Wan tanya, apakah ada panduan dari Al-Quran atau hadis dalam berhadapan dengan situasi sebegitu.
Bila kak Wan bagitau begitu, baru saya memahami disebalik soalan kak Wan itu, yang mana beliau tidak senang untuk menyambut kehadiran Tun M yang berbagai kejahatan yang dia buat kepada keluarganya.
Apabila itu soalan kak Wan, saya teringat kepada satu hadis - dari seorang sahabat bernama Jarir bin Abdillah al-Bijli, bahawa Nabi saw ada berkata;
"Apabila datang kepada kamu seseorang yang dianggap mulia dalam sesuatu kaum, maka hormatilah dia".
Apabila saya membaca hadis itu, kak Wan terus kata bahawa dia akan sambut Tun M kerana panduan hadis itu.
Kejadian itu, saya menilai bahawa bukan senang keluarga Anwar Ibrahim mahu menerima Tun M, kerana kejahatan yang orang tua tu dah lakukan.
Dan setiap kali tajuk Tun M menjadi perbualan saya dan kak Wan, saya selalu cakap bahawa mungkin Tun M sudah bertaubat, walaupun tidak mudah Kak Wan mahu mempercayai apa yang saya cakap.
Sebelum PRU, saya pernah bagitahu kepada kawan-kawan ABIM, bahawa saya ada kaedah fiqh yang saya cipta untuk kenal Tun M, iaitu;
"Tun Dr Mahathir ini akan berubah-ubah selama dia tidak dapat apa yang dia mahu. Apabila dia dah dapat, dia akan kembali kepada asalnya"
Dalam pertemuan saya dengan ustaz Nik Umar semasa beliau masih YDP YADIM, Saya pernah ulangi perkara yang sama.
Saya rasa, apa yang saya fikirkan itu adalah benar. Orang tua itu masih lagi Firaun di zaman kini."
-
kredit tuan FB Herjunot Ali
nota Azmir: My sentiments exactly.
No comments:
Post a Comment