Tuesday, December 15, 2015

Mengenai Tiga Prequel Star Wars

Kisah terbaru Star Wars - The Force Awakens bakal menyusul beberapa hari lagi.. dan ulasan menunjukkan ia lebih bagus daripada tiga filem prequels - Phantom Menace, Attack Of The Clones dan Revenge Of The Sith

Bagi saya, cerita yang dikisahkan oleh tiga filem ini amat bagus, kerana ia meletakkan asas kepada tiga filem legenda selepasnya - A New Hope, Empire Strikes Back dan Return Of The Jedi. Namun, kepada peminat fanatik dunia Star Wars ini, ketiga filem tersebut agak mengecewakan dari segi aura filemnya. Saya bersetuju dengan pendapat ini dan berpendapat sedemikian. Apabila melihat ketiga-tiga filem prequel, aksi dan kesan khasnya bagus, tetapi, ia terasa 'kosong.'

Jawapannya ringkas - ketiga filem ini diarahkan oleh George Lucas. Pada kalian yang tidak tahu, filem asal Star Wars-A New Hope, diarahkan oleh Lucas, tetapi Empire dan Return diarahkan oleh pengarah-pengarah lain - Irwin Kershner & Richard Marquand. Jika kalian lihat filem yang beliau telah arahkan, tidak banyak. Yang pasti, beliau ada banyak ilham untuk cerita.

Namun begitu, ketiga filem prequel harus ditonton untuk memahami bagaimana Star Wars bermula :)
Selamat menonton 'Force Awakens' :)

May The Force Be With You 


Tuesday, September 01, 2015

Terima Kasih Google and Bersih4

Hadiah Google untuk hari kemerdekaan Malaysia yang ke - 58. Terima kasih, Google :)


Bersih4

29 dan 30hb lepas telah berlangsung di pertengahan KL

Luahan saya mengenai acara ini


  • Terima kasih kepada PDRM kerana 'menjaga' peserta dan tidak bertindak gila-gila macam biasa.
  • Terima kasih kepada pasukan Bersih dan sukarelawan mereka kerana menjaga keselamatan dan ketertiban acara ini, esp insiden satu dua yang provokasi
  • Mungkin ini satu titik pembaharuan dalam arena politik negara, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan khususnya pada masyarakat luar bandar dalam menyedarkan mereka tentang hak mereka sebagai rakyat
  • Paradigma Melayu baru yang perlu difikirkan- sikap terhadap kaum bukan Melayu - Cina dan India, yang tidak lari ke negara lain, tetapi tinggal di sini. Generasi ke-2 ke atas, nak tak nak,they are here to stay. Ramai yang datang acara Bersih4, kalau tengok pada gambar2 merupakan golongan muda.
  • Kepada yang pergi dan tidak pergi, terimalah perbezaan pendapat masing-masing.
  • Tun M, sangat pandai. Hijack event sebab dia nak Najib turun. Kepada yang betul-betul ikut perjalanan politk beliau, ini tidak mengejutkan. Beliau pandai mengambil peluang. "Saya tak sokong Bersih, saya nak Najib turun." Dengarlah semua orang kepada kata2 beliau di mamak sekitar CM. Dulu tak boleh, sekarang ok ya, Tun? Melayu mudah lupa ....

Saya? Saya sokong Bersih4. Dan saya akan pastikan menzahirkan sokongan itu pada PRU yang akan datang. Kepada yang menyokong/membangkang/neutral, anda telah daftar sebagai pengundi? jika tidak, anda hanya tong kosong yang berbunyi kuat aja ...

Banyak lagi yang kita harus lakukan untuk memakmurkan negara kita .... most of us are not going anywhere ...

Yang pasti, pemimpin harus diingatkan bahawa mereka dilantik dan bertanggungjawab kepada orang yang mereka pimpin, bukan menjadi 'sultan' atau 'maharaja' selepas dilantik.


Thursday, February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Telah Pulang Ke Rahmatullah

Salah seorang tokoh veteran politik yang mewarnai arena politik Malaysia, Tok Guru Nik Aziz telah pergi. Al-Fatihah untuk beliau.

kredit : azizalkhalidi.com