Saturday, May 04, 2013

Tulisan PRU13 5 Mei

Salam sejahtera. Esok 5 May 2013, PRU 13 akan dinoktahkan dengan hari pengundian. 2 minggu berkempen oleh BN dan PR. Macam - macam cerita dan sekiannya. Macam - macam pandangan dah luahan yang dilihat di laman media sosial FB, twitter dan lain2.

 Melihat belang politik kawan di laman sosial membuatkan saya lebih mengenali mereka. Dan persepsi saya terhadap mereka akan berubah selepas ini. Menang BN atau PR, Malaysia sudah berubah.

 Saya lihat golongan muda bukan Melayu, umur sekitar awal, pertengahan 20an, berpendapat yang mereka tidak akan ke mana2, mereka akan ada di bumi ini. Mereka tidak akan lari seperti orang2 bangsa mereka yang lebih berumur sebelum ini. Majoriti masih akan ada di sini. Dan mereka tahu mereka akan hidup dengan orang bumiputra ( Melayu ) yang ada di sekeliling mereka.

 Bangsaku Melayu? Aku bangga dilahirkan Melayu. Dan aku mahu orang kita maju. Kita juga harus akur, bangsa lain ada di sekelilinSeg kita dan mereka tidak akan ke mana. Bagaimana kita mahu hidup dengan mereka? Pada pendapat saya, isu ini adalah salah satu isu yang tidak pernah dizahirkan oleh mana - mana pemimpin Melayu selain daripada retorika yang biasa kita dengar. Dah juga pada bukan Bumiputa, itu juga yang harus kalian tanya pada diri sendiri.

 Kepada rakan2 pembaca Melayu, kita sudah lihat masa lepas kita, apakah yang kita mahu untuk masa hadapan kita? Saya suka sejarah Melayu, terutamanya kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah yang menjatuhkan Empayar tersebut? Ada pelbgai fakta. Dengki, khianat , kebodohan, dan lain2.

Yang utama ialah bila pemimpin lupa dari mana asal kedudukan mereka dan menganggap adalah hak mereka untuk berbuat apa sahaja, dan rakyat harus menerima apa kata mereka secara bulat2. Bersenang lenang dan lalai dengan tanggungjawab. Masa berlalu, mungkin pelakon sudah berubah, jawatan sudah berubah, tetapi mentalitinya sama. Pemimpin dan rakyat saling perlu memerlukan. Persepsi adalah sangat - sangat penting.

 Saya tidak berapa arif tentang hal2 agama et al. Jadi, saya tidak akan berbicara mengenai hudud sebab saya tidak arif tentang benda ini. Cuma, saya syorkan, kepada kerajaan selepas ini, perkasakan peruntukan dan undang - undang yang sedia ada untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia. Malunya memberi alasan bahawa tidak cukup kakitangan tentang penguatkuasaan isu halal dan haram. Dan kes - kes bertangguh minta nafkah anak - anak oleh suami2 yang tidak menunaikan tanggungjawab. Apa guna marah orang bukan Islam menegur tentang banyak masjid dan surau yang dibina, padahal masjid dan surau itu tidak dipakai .. dan hanya tinggal kosong. Indah dari luar sahaja.

 Banyak lagi mahu ditulis, mungkin akan dihuraikan selepas PRU13. Yang pasti, suasana di Malaysia tidak akan sama selepas ini. Mungkin PRU13 akan menjadi titik perubahan. Perubahan untuk kebaikan atau keburukan? Minta yang baik ye.

 Selamat mengundi. Yakin undi anda :)