Thursday, December 26, 2013

Produk Power Root - Masih Mahu Boikot?

Saya suka minum kopi tongkat Ali Power Root. Mungkin sebab rasa kopi sedap ;-) Jenama kopi tongkat ali syarikat ini naik mendadak selepas Mawi dan Rosyam Nor menjadi duta produk mereka. Sekarang Fahrin Ahmad adalah duta produk kopi. Untuk setahun dua ini, mungkin kawan2 ada mendengar/membaca kempen untuk boikot produk Power Root kerana ia bukan syarikat Bumiputra.
Saya membuat penyelidikan tentang syarikat ini dan di laporan tahunan terbaru mereka (2013), ini adalah senarai pemegang saham syarikat yang terbesar.


Nampak siapa no 1? Lihat juga siapa no 2, no 3 dan no 4. 

Anda masih mahu boikot? Felda adalah pemegang saham individu terbesar. Anda masih mahu minum? Keseluruhannya, mereka masih di dalam kumpulan minoriti.

Apa kesimpulan yang saya mahu berikan? Anda boleh buat keputusan bijak tentang mahu boikot atau tidak. Sebenarnya, mana-mana keputusan anda pilih, anda ada sebab yang bagus.

Secara peribadi, saya beli kopi tongkat Ali Power Root sebab ia yang paling senang didapati di mana-mana, dan rasanya sedap. Dan juga teknik pemasarannya bijak.

Tapi, saya juga sekarang mencari alternatif yang lain. Bukannya apa, nak pelbagaikan rasa kopi tongkat Ali saya. Dulu saya suka Kopi Radix, tetapi sekarang susah nak cari. Kalau ada cadangan, mungkin tuan boleh komen di ruangan komentar posting ini.

Anda boleh muat turun  Laporan Tahunan Power Root 2013 di sini

No comments: