Thursday, December 22, 2011
Kata - kata Tentang 'Kisah Terkini' PAS
Saya bukan ahli PAS. Saya juga sekali - sekala membeli Harakah, untuk bacaan. Perkembangan PAS saya ikuti melalui media alternatif , jarang melalui media massa popular. Dahulu, saya memang menjauhi PAS, tetapi selepas penyingkiran DSAI, saya mula mendekati, memahami perjuangan PAS, kerana arwah Ustaz Fadhil Noor, sahabat DSAI, presiden PAS ketika itu menyokong beliau.
Sejak 1998, PAS mula mendapat perhatian rakyat, khususnya Semenanjung Malaysia. Dan, mereka mendapat sambutan dari golongan yang dahulunya tidak mahu mengenali PAS langsung. Dan saya percaya, hasil sambutan ini membawa perubahan dan membawa PAS ke persimpangan mereka sekarang.
Matlamat PAS yang saya faham adalah untuk menubuhkan negara Islam. Itu tidak salah. Bagi saya, negara Islam adalah satu perancangan masa hadapan bila keadaannya betul ideal untuk diadakan. Diandaikan piramid, negara Islam adalah puncak piramid. Bercakap mengenai piramid, piramid tidak akan ada, jika asasnya tidak ada. Oleh sebab itu, semasa PAS bersama PKR dan DAP, menjalinkan Pakatan Rakyat, mengeluarkan manifesto 'Negara Berkebajikan', saya tepuk tangan dan mengucapkan, ' Syukur Alhamdulillah', kerana Negara Berkebajikan adalah salah satu asas piramid. Akhirnya, pada pemikiran saya, PAS faham bagaimana memenangi hati pengundi. Show them what you can do, fikir saya, dan dalam jangka masa panjang, rakyat akan faham dan menerima secara rasional konsep negara Islam PAS.
Sedang perjuangan PAS mulai diterimai rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, ( satu fenomena baru kepada PAS sendiri ), datanglah konsep perpaduan Melayu yang dibawa oleh UMNO. Dan ada juga pihak dalam PAS yang suka dengan idea / konsep perpaduan ini. Dan saya fikir, waduh, tidak pernahkah mereka ini belajar dari sejarah ?? ... saya faham sebab apa TGNA ( tuan guru Nik Aziz ), menolak konsep ini, kerana beliau pernah mengalaminya sendiri ketika PAS dalam BN dahulu ( ya, PAS pernah berada dalam BN sekitar lewat 70an ). Sekarang PAS dilihat lebih moderat daripada UMNO sendiri, satu scenario yang tidak pernah dibayangkan sebelum tahun 2000an. Dan ini yang UMNO takutkan, pada pendapat saya, di mana PAS dilihat sebagai alternatif UMNO.
Sekarang PAS mempunyai peluang yang amat baik / bagus untuk membuktikan bahawa parti mereka adalah alternatif yang lebih baik daripada UMNO, dalam memperjuangkan Islam dan Melayu khususnya, seperti pernah apa TG Hadi ( tuan guru Hadi Awang ) pernah sebutkan.
Jadi, jika anda UMNO, apa yang anda lakukan ? Aktifkan trojan horse anda :) .. dan sayang, trojan horse mereka melibatkan salah seorang pemimpin yang bagus penulisannya. Setelah dicantas pada pemilihan yang lepas, sekarang sudah terang - terang mereka bertindak. Kepada pemimpin - pemimpin tertinggi PAS sekarang, lihat sekarang sokongan anda daripada pihak mana ? Dan siapa yang rugi bila orang menyokong anda ? ... rakyat menyokong anda kerana apa yang anda telah buat, bukan kerana anda parti Islam, etc ... sebab itu saya katakan pendekatan negara berkebajikan adalah satu langkah yang bijak dalam menghadapi pengundi berbilang agama dan kaum.
Saya harap saya tidak salah, tetapi jika sebaliknya berlaku, sejarah lama tahun 80an akan berulang, dan ramai pimpinan tinggi PAS akan sedar kehilangan peluang keemasan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment