Sudah lama tidak menulis .. bukan kerana tiada idea tetapi mahu menyusun idea ...
1) Katakan terang - terang
Apa kata kita akui sahaja mengapa kita tidak mahu PR menjadi kerajaan menggantikan BN ? Kita akui terus terang ... yang kita takut hak - hak istimewa Melayu akan dihakis secara diam2 atau terang2 ... tiada lagi biasiswa / pinjaman .. dan sekiannya .... dan juga situasi mana yang menjadi ketua / boss adalah yang bukan Melayu dan yang naik hanyalah bukan Melayu ... banyak lagi yang boleh saya tulis tetapi cukup untuk saya jadikan contoh. Mengapa saya syorkan kita terang - terang mengaku kemungkinan begini ? Supaya kita boleh tahu bagaimana untuk kita menyelesaikannya .... bagaimana kita boleh laksanakan mekanisma untuk mengelaknya .... apa yang saya lihat sekarang hanyalah retorika daripada kedua - dua belah pihak PR dan BN ( UMNO ) ..
2) Perniagaan Melayu
Tuan - tuan dan puan - puan pembeli... dalam urusan perniagaan jual beli anda, adakah anda mengutama pernigaaan / produk Melayu apabila membuat pilihan anda ? Kalau ya, tahniah ... kalau tidak, adalah alasan anda seperti yang berikut ... produk tidak berkualiti, tidak kelas,et al ? Saya tidak salahkan anda berfikiran begitu ... minda anda telah diprogram .... saya pun dahulu begitu. Tapi yang buatkan saya berubah ialah saya lihat perniagaan Melayu , untuk berjaya, perlukan sokongan orang Melayu. Senang. Lihat perniagaan bukan Melayu, terutamanya Cina, yang menyokongnya adalah orang mereka juga ... tetapi kepada peniaga Melayu, satu peringatan / amaran, jangan pandang enteng / remeh sokongan kami ... anda harus lakukan yang terbaik dan ringan / manis mulut dengan pelanggan2 anda .... saya sokong perniagaan Melayu yang menepati ciri2 yang saya berikan tadi ...
Wednesday, September 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment