Monday, April 04, 2022

Tulisan Saya Tentang Lecturer Viral Kutuk B40

 Saya tulis post ini di FB saya on 4/4/22

-----

Tentang kes lecturer viral, sengaja saya berdiam tidak memberi komen untuk beberapa hari, sebab nak mengutip dan menganalisa data2 (cewah), yang keluar. Selalunya, benda2 viral ini, mengikut pengalaman saya, tunggu beberapa hari, sebab info akan keluar sedikit sedikit.

Bagi saya, tiada siapa yang menang atau kalah. Ia sudah berlaku. Pelajar berkenaan telah mendapat bantuan laptop, dan sudah lulus jurusan. Pensyarah tersebut telah direhatkan.

Cuma, satu perkara sahaja yang saya tidak jumpa ... mengapa video ini dikeluarkan/viral oleh rakan pelajar tersebut? Apakah tujuan beliau?

Saya pernah kena sekali benda seakan2 begini, dan saya faham perasaan ex-students pensyarah mempertahankan beliau. Video beberapa minit tidak menunjukkan siapa beliau secara keseluruhannya, cuma itu adalah diri beliau pada masa itu.

B40 itu tidak hina. Itu cuma standard. Ia menolong untuk kita menilai hidup (kacamata) golongan (B40, M40, T20), supaya kita dapat memahami sedikit hidup mereka. Untuk pelajar itu gigih belajar menggunakan smartphone sahaja, adalah satu kepujian buat beliau. Syukur beliau telah lulus.

Respons netizen tentang kes ini menunjukkan bagaimana pengalaman hidup mereka mewarnai respons mereka.

Harap dengan selesai kisah ini, kita dapat sedikit pengajaran dan pemahaman tentang kemanusiaan kita dan masyarakat.


--- edit 150924: video tu dah tiada --

ini video viral itu 


No comments: