Thursday, January 16, 2014

Cara Nak Tai Chi Orang Melayu? :(

Sekarang ini di media massa, pelbagai 'kisah' kontroversi yang sedang berlaku. Kalimah Allah, Kangkung, Krisis Azmin-Abdul Khalid, mualaf dipaksa buka tudung. Akan saya huraikan pada pendapat saya, satu persatu, pendapat saya mengenai isu-isu ini. Pandangan tidak seberapa, dari seorang wira papan kunci :P

Kalimah Allah

Satu isu yang ku kira remeh sebenarnya. Isu di mana orang Melayu mahukan hak ekslusif nama Allah bagi Islam. Tapi, bagus untuk pengetahuan orang Islam di Malaysia. Rupanya kalimah ini dipakai juga oleh orang Kristian di Borneo, dan juga di negara-negara Arab. Perkembangan baru untuk ramai orang, mencelikkan mata ramai. Maka keluarlah juara-juara dari dua2 belah pihak dengan hujah masing2. Ada fakta dan ada emosi. Kalian nak tahu ceritanya, google sendiri untuk melihat pendapat kedua-dua belah pihak. Bagi saya, seperti saya katakan tadi, adalah isu yang remeh, kerana ia melibatkan terma.Kalau asas kita kuat, insyaAllah, tidak akan terpesong akidah kita sebagai orang Islam. Tapi, isu ini sensasi, dimainkan oleh ekstrimis kedua-dua belah pihak. Terutamanya, oleh juara2 Melayu-Islam. Sometimes, I wish the passion shown by these champions can be channeled into helping the poor, downtrodden Malays (Muslims) yang masih ramai lagi. Menjaga mereka adalah lebih penting dari berdebat, bahas tentang terma Allah. Bagi saya, penyelesaiannya ialah kedua pihak berkuasa/autoriti mencapai kata sepakat mengenai penggunaan kata ini, dan adakan sesi pendidikan kepada orang ramai, khususnya Melayu-Islam, mengenai perkara ini. Jemput juga wakil dari luar negara, khususnya Arab, mengenai penggunaan terma Allah dalam budaya mereka. Takkan kita suka orang Arab sebab makanan/minuman mereka dan duit mereka sahaja kot.

Kangkung

Ia menjadi sensasi di media maya untuk beberapa hari di mana kenyataan PM tentang rakyat tidak bersyukur apabila harga turun, contohnya kangkung. Kangkung menjadi perkataan popular di mana ia digunakan untuk mempersendakan PM. Ada juga gurauan yang terlau brutal tetapi kebanyakannya adalah menyindir. Mengapa ia menjadi popular? Niat PM bertanya mengapa orang tidak bersyukur, berterima kasih kepada kerajaan apabila harga barang turun, meggunakan kangkung sebagai contoh, adalah tidak salah, tetapi contoh yang beliau pakai tidak betul. Ia menunjukkan beliau tidak merasa apa yang orang kebanyakan rasa, dengan kos hidup yang makin meningkat. Mungkin beliau harus melihat kembali apa yang ditulis di keretapi Komuter dan janji BN sebelum pilihanraya. Setakat ini selepas PRU13, barang naik, tetapi itulah hakikat sebenarnya, harga barang akan sentiasa naik :/.

Azmin vs MB Khalid

Azmin dipecat dari sidang lembaga PKNS.
Khalid kata GM PKNS suruh dan Exco setuju.
Azmin kata pemecatan tidak ikut prosedur.
Khalid kata Exco setuju.
Anwar kata Azmin sepatutnya masih lagi ahli lembaga PKNS.
Latest- Exco Selangor akan pertimbangkan status Azmin

Dah lama saya lihat dan dengar desas desus yang Azmin tidak berapa suka dengan MB Khalid. Esp sejak PRU13. Saya lihat ini adalah isu dalaman PKR Selangor. Mungkin salah MB Khalid kerana beliau tidak menjaga orang-orang PKR di bawah diri dia. He is a technocrat, not a politician. In the end, saya rasa isu ini akan selesai, tetapi isu besar tidak akan selesai lagi. Azmin vs MB Khalid, mengingatkan saya pada Azmin vs Ezam dahulu, di mana Azmin menang, dan Ezam keluar PKR.
Harap kedua-duanya see the bigger picture dan saling membantu untuk mengukuhkan PKR Selangor dan PR Selangor secara am. Tapi, kadangkala, terfikir juga tentang budaya UMNO ada dalam PKR sebab ahli PKR ada datang dari UMNO.

Guru mualaf dipaksa buka tudung untuk terus mengajar

Kadang2 ada juga orang yang 'bodoh' macam ini. Kalaulah berita ini benar, saya rasa ahli lembaga sekolah berkenaan adalah bodoh orangnya. Menegur satu hal, menggugut pula satu hal. Perbuatan inilah yang meneymbur minyak tanah kepada api perkauman, yang akan dieksploitasikan oleh pelbagai pihak. Saya nak tunggu keputusan siasatan rasmi sebab asas cerita ini adalah he say, she say angle, tetapi kes sebegini memang sepatutnya tidak jadi dalam suasana masyarakat sebegini.

-----

Mengapa post ini bertajuk 'Cara Nak Tai Chi Orang Melayu' ? sebab terbukti, untuk membuatkan orang Melayu lupa mengenai masalah dan solusi sebenar hidup mereka, mainkan isu  Race dan Religion. Terus pertimbangan waras keluar ke luar tingkap. Terbukti berkesan :/ I hope we can get out of this scenarios soon. Menghabihkan boreh je ...