Monday, May 31, 2010

Musuh Orang Melayu 2

Saya berterimakasih kepada Perkasa. Ya, pakcik Ibrahim tu. Beliau telah menyedarkan saya tentang tanggungjawab menjaga orang Melayu selamat ini yang dipikul oleh UMNO. Setelah UMNO 'memikul' tanggungjawab ini selama 50 lebih tahun, kita 'orang Melayu' dalam bahaya ! Jadi secara logiknya, yang menjaga kita selama ini tidak menjalankan tugas ke ? 


Seperti saya katakan pada ramai kawan2 ... orang kita sekarang dalam persimpangan ... kita ni semua nak .. tapi berkorban ? ha .. mulalah .. ngeliat itu dan ini. Cuba kawan2 fikir .. orang Melayu kita yang dicampak di luar negeri ( bukan Malaysia ) boleh berjaya / sukses.. bagaimana pula di sini ... tanah air kita sendiri ?


Musuh kedua kita ialah fahaman politik yang kadangkala terlalu ekstrim ... Melayu UMNO, PAS, PKR hatta DAP sekali pun .. apa kata kalau kita tolong semua orang Melayu tanpa mengira politik kepartian ... saya cadangkan kita buat begitu tetapi saya confident 100 peratus ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini .. sebab generasi yang lahir sebelum kemerdekaan masih lagi ramai dan fahaman politik mereka masih taksub kepada parti masing2. Saya amat berharap kepada geng2 muda Melayu dalam parti2 tersebut tidak mengikuti perangai buruk sebahagian pemimpin Melayu mereka. Dan juga, sindrom ' jaga periuk nasi sendiri' masih lagi ada, di mana semua nak menjaga kepentingan RM masing2. 

Monday, May 17, 2010

Maaf Dan Ulasan Semasa

Assalamualaikum.

Saya minta maaf. Saya sudah lama tidak update blog ini. Semuanya salah saya bukan salah NEP, kroni, etc. Dah, bukankah senang untuk kita bergerak ke hadapan setelah kita mengakui kesalahan kita ?

Ok2, pandangan saya mengenai beberapa isu / perkara politik kebelakangan ini

PERKASA - kepala dia Ibrahim Ali, penaungnya Tun M ... itu sudah cukup menjauhkan saya daripada organisasi ini .. dan seperti kata Tun M, Melayu Mudah Lupa.. dan inilah buktinya.

PRK Hulu Selangor - biar saya faham sedikit ... setelah mendapat pendahuluan RM yang sememangnya hak awak dan tertunggak 10 + tahun ... segalanya dilupakan. Gula2 .. gula - gula cepat habis dan bila dah habis, ia tidak akan datang lagi. Hulu Selangor 2010 mungkin akan menjadi Ijok 2007 ...

Kisah - kisah PKR - bagi saya, mudah aja .... PKR sedang mengalami proses 'turnover' - growing pains ... jadi mereka tahu siapa yang benar dan komited. Nasihat saya pada DSAI, beliau harus memantau dan memimpin anak2 buahnya ... dan dengar betul2 .. sometimes, those around you might tell you what you want to hear ..

PM Najib - " Let's make a deal ...I help you, you help me... " .. Dato', kalau lah Malaysia ada Jon Stewartnya .. dah lama kata2 ni jadi lelucon kebangsaan ... saya hormat dengan strategi Dato' melawan PR .. strategi 1000 pedang ... cucuk sikit2 sini dan sana .... nampak mereka kelam kabut ye ...

TGNA dan Kickdefella .... hmm ... siapa yang benar, siapa yang salah ? ke ada orang bermain wayang kulit untuk kerusi MB Kelantan ?

PRK Sibu - kemenangan PR adalah petanda perubahan Borneo ? atau logamaya rakyat Sibu ? ... untuk melihat  betul2 kesan Borneo ini, kita tunggu PRU ..