1) Saya baca hypothesis tentang kemelut pemilihan PKR dari FB post ini, dan saya bersetuju dengan apa yang disampaikan. Saya copy paste di sini untuk lihat sama ada ia akan menjadi benar nanti.
" Terlalu jelas. Terang. Wujud gerakan sistematik menggunakan anak Presiden.
Mereka perlu lakukan segera kerana ini tempoh akhir presiden. Sasarannya untuk memastikan calon yang naik ke kerusi Presiden bukan RR.
RR adalah penghalang besar gerakan saki baki kartel yang ada dalam parti.
Untuk memastikan agenda ini berjaya, satu-satunya orang yang boleh mengeluarkan RR dari kerusi TP ialah anak Presiden sendiri.
Untuk tidak dilihat sebagai agenda kartel, segala keburukan dan kelemahan RR dikumpul dan dilonggokkan bagi mewajarkan agenda ini.
Kuat merajuk
Kuat melenting
Keras kepala
Lawan presiden
Narsistik
Raja formula
Dia saja yang betul
Kasar
Tak cukup dengan sifat-sifat yang cherry picking, fitnah pun turut dilempar. Fitnah bodoh seperti inflasi mencanak, tak tahu buat kerja dan terkini berlegar dalam kem sebelah sana kononnya RR kantoi buat bisnes lain dan ambik duit. Paling lawak RR sombong sebab budak koleq (MCKK) sedangkan PMX sendiri pun budak koleq.
Gerakan menyingkirkan RR dengan cara menyatakan sokongan terbuka kepada NIA melibatkan KC, MPN, Setpol PM dan Menteri-menteri.
Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ketua AMK, Mantan Ketua AMK pun zahirkan sokongan sama. Ketua Wanita Fadhlina Sidek kita faham, dia sedang cuba kekalkan jawatan dia.
Betullah tindakan RR buat HIRUK. Hidupkan Idealisma Reformasi dalam Ujian Kuasa. Nak ingatkan balik Idealisma kita dalam parti. Tujuan kita berpolitik dan ujian kuasa yang sedang kita hadapi.
Orang boleh lihat dengan jelas kepentingan setiap mereka yang menyokong anak presiden.
KC untuk jadi calon dan jawatan tempatan seperti ahli majlis dll
MPN, MPP yang mahukan jawatan dalam kementerian dan agensi serta GLC
Mereka semua seakan-akan takut tertinggal bas dan berpusu-pusu menzahirkan sokongan.
Tidak cukup dengan itu ada KC yang mengeluarkan arahan tegas agar perwakilan hanya mengundi NIA.
Semasa saya ikuti jelajah RR di Mentakab, ada KC hantar 'pengintip' untuk pastikan perwakilannya tidak ada yang datang dengar penjelasan RR. Jadi yang ramai-ramai tu datang siapa? Kebanyakan adalah rakyat atas pagar dan anggota parti yang baru sedar tentang gerakan jahat ini.
Sekitar 2023 atau 2024, difahamkan MPP ada menerima permohonan kemasukan semula Saudara Tian Chua ke dalam PKR. Tapi MPP menolak.
Penolakan ini dikaitkan dengan RR dan ramainya orang-orang RR dalam MPP. Maksudnya kalau ikon Reformasi Tian Chua pun susah, apa lagi para pengkhianat Sheraton.
Maka usaha digerakkan dari para pembenci RR untuk menyingkirkan beliau.
Malah usaha ini dikatakan telah dirancang awal termasuk artikel yang ditulis diluar negara berkenaan sebelum peralihan kuasa selepas Anwar dan kecurangan pemilihan. Keputusan cabang yang melihatkan ramai orang pro RR yang kecundang termasuk Menteri.
Melihat kepada sokongan 4/5 cabang terhadap NIA, kemungkinan besar tim NIA dari TP,NP dan MPP akan dimenangi oleh mereka.
Dan ini akan membuka ruang luas kepada mereka.
Baik ini tekaan liar saya (wild guess) jika tim NIA menang besar.
1. Nanti mereka mulakan dengan kelulusan kemasukan Tian Chua.
2. Naratif perjuangan Tian awal Reformasi 98 akan dimainkan untuk membina mood ahli.
3. Setelah semuanya berjalan lancar, beberapa orang pengkhianat langkah Sheraton akan memohon masuk pula.
4. Berlaku perdebatan panjang dan akan dimurnikan.
5. Setelah semuanya lancar, Azmin dan tim pulak akan masuk semula.
6. Gugur sebagai ADUN/MP? Tak kisah sebab dah hujung penggal.
7. Kena saman? Tak kisah..proses panjang.
8. Azmin dan tim akan bantu PRU-16. PH menang besar.
9. Desakan MP kerajaan supaya pindaan perlembagaan supaya PM hanya 2 penggal.
10. Pemilihan 2028, DSAI undur diri sebagai Presiden sebab itu kehendak perlembagaan parti.
11. Berlaku kekosongan jawatan Presiden. NIA ditunjuk untuk ke jawatan tersebut.
12. Tiba-tiba ramai KC dan MPN buat kenyataan media sokongan terbuka kepada Azmin untuk presiden.
13. NIA tak tahu nak kekal TP atau lawan AA.
14. AS umum lawan TP. NIA tersepit, TP dan Presiden ada yang lawan.
15. AA menang Presiden PKR. PMX habis penggal PM 2032.
16. Parlimen bubar. PH menang dan AA jadi PM.
Risau? Alah..ni tekaan aku je apa berlaku jika tim NIA menang besar.
Tapi aku bab pengkhianat Sheraton ni memang aku cukup benci.
Pengkhianat ni sebabkan usaha reform kerajaan dulu terganggu.
Pengkhianat ni sebabkan covid jadi makin teruk, yang mati yang sakit, habis duit EPF, kedai kilang habis bangkrap ni semua memang aku salahkan geng pengkhianat termasuk yang bersekongkol dengannya seperti PAS.
Pengkhianat ni juga buatkan lantikan politik PH yang berpuluh tahun berjuang tersungkur macam tu je. Yang YB ok lah..ada gaji ada pencen, tapi kesian betul yang lantikan lain. Berapa ramai tersungkur sebab pengkhianat Sheraton ni. 20 tahun susah, baru nak senang sikit. Tiba-tiba kerajaan jatuh.
Apa pun kepada semua perwakilan selamat mengundi. Anda yang menentukan halatuju dan masa depan parti ini khususnya dan negara amnya.
Pilih lah dengan ilmu agar tidak menyesal di kemudian hari.
Terima kasih
Fairul al Qasas "
2) Tiba2, am obsessed with OpenAI, especially Sam Altman. Saya ada satu blog post khusus tentang beliau di sini. Dia ada blog.
I read this article in The Athletic (subscription required), and thought it was a good read on how to handle failure. It features Bruce Arians, a retired NFL coach, who has won the SB once, and is a renowned offensive mind. He is a respected coach in the NFL circles.