Monday, October 20, 2014

Besarkan Yang Remeh Temeh, Pasti Tidak Nampak Hutan

Oktoberfest baru hilang, kisah 'anjing' pula dibesar-besarkan. Secara peribadi, saya tidak akan pergi majlis begitu, tetapi saya tidak akan menghalangnya. Tujuan penganjur, katanya, mahu memperjelaskan 'stigma' tentang anjing di kalangan masyarakat kita. Pihak berkuasa JAKIM kini berkata bahawa mereka akan menyiasat acara ini, selepas ia telah berlangsung. Pada hal, sudah lama diumumkan.

Saya fikir, eh, kan best kalau JAKIM ada di situ, semasa acara ini diadakan. Mereka boleh menganjurkan sesi pendidikan mengenai cara Islam untuk menguruskan/respon dengan anjing. Orang Islam dan bukan Islam boleh mendapat pengetahuan, dan memberikan impak baik kepada imej JAKIM khususnya dan Islam amnya.

Tetapi, apa yang boleh sensasi di laman depan Harian Metro/Kosmo adalah lebih penting. Sekali lagi, pung pang, pak pung .... pelbagai pihak bising .. yang menyokong, membangkang dan lain-lain ... dan bila politik masuk, dasss ...... habis. Jenaka yang tidak relevan, mengait2 dengan benda lain ..... ada cadangan sentuh babi la .. sentuh pelacur la ...

Respon kita menunjukkan tahap pemikiran kita. Adakah mereka ini bangga dengan respon sebegini?

Anjing ... hmm, ada di sekeliling kita, especially masyarakat bukan Islam/Melayu. Bagaimana cara kita handle kewujudan mereka? Pernah atau tidak, ada pendidikan bagaimana untuk uruskan kewujudan mereka? Penerangan dan pendidikan itu perlu kerana masyarakat kita, khususnya orang Melayu sudah mula bertanya..

Adakah ini adalah rancangan supaya orang Melayu melihat pokok, bukan hutan, seperti saya tulis di sini dan sini ?




Sunday, October 12, 2014

Bagaimana Untuk Melalaikan Kesedaran Orang Melayu

Berat mahu menulis tajuk di atas tetapi harus dilakukan juga, just to get things off my chest.

Sekarang, bila orang Melayu sudah mulai celik dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka, yang memberi kesan kepada hidup mereka, yang selama ini berkuasa mulai bimbang ... yep, fikir mereka, alamak, mereka mula pandai berfikir dan bertanya ....

" kalau kalian dah perintah 50+ tahun, mengapa ekonomi kami belum perkasa lagi? "
" YTL, Astro tu Melayu punya ke? ... "
" Mana tindakan atas laporan Ketua Audit Negara? "

dan pelbagai lagi ...

so bagaimana mahu mengalih perhatian mereka? ha, kita main isu bangsa dan agama! Ting ... settle .. tidak percaya?

Isu bukan harga minyak sudah naik atau GST yang akan datang .. isu sekarang adalah Oktoberfest di Selangor .. dan usul penutupan sekolah jenis kebangsaaan Cina ( yang India tidak sentuh pula )..

ISMA pula berkata Melayu terancam .... Perkasa pun kata yang sama .... mahu saya tanya, siapakah tulang belakang mereka sebab saya akan tanya mereka .... orang yang sama menyokong perjuangan kalian adalah orang yang sama membiarkan perkara ini berlaku dari dulu ... mungkin pedih untuk difikirkan tetapi fikir balik, adakah benar apa yang saya katakan? ...

Kita bertanya/ menyoal bukan tidak sayang bangsa tetapi kerana mahukan AMANAH yang kalian terima ditunaikan untuk kemajuan bangsa khususnya dan Malaysia amnya.