Tuesday, December 15, 2015

Mengenai Tiga Prequel Star Wars

Kisah terbaru Star Wars - The Force Awakens bakal menyusul beberapa hari lagi.. dan ulasan menunjukkan ia lebih bagus daripada tiga filem prequels - Phantom Menace, Attack Of The Clones dan Revenge Of The Sith

Bagi saya, cerita yang dikisahkan oleh tiga filem ini amat bagus, kerana ia meletakkan asas kepada tiga filem legenda selepasnya - A New Hope, Empire Strikes Back dan Return Of The Jedi. Namun, kepada peminat fanatik dunia Star Wars ini, ketiga filem tersebut agak mengecewakan dari segi aura filemnya. Saya bersetuju dengan pendapat ini dan berpendapat sedemikian. Apabila melihat ketiga-tiga filem prequel, aksi dan kesan khasnya bagus, tetapi, ia terasa 'kosong.'

Jawapannya ringkas - ketiga filem ini diarahkan oleh George Lucas. Pada kalian yang tidak tahu, filem asal Star Wars-A New Hope, diarahkan oleh Lucas, tetapi Empire dan Return diarahkan oleh pengarah-pengarah lain - Irwin Kershner & Richard Marquand. Jika kalian lihat filem yang beliau telah arahkan, tidak banyak. Yang pasti, beliau ada banyak ilham untuk cerita.

Namun begitu, ketiga filem prequel harus ditonton untuk memahami bagaimana Star Wars bermula :)
Selamat menonton 'Force Awakens' :)

May The Force Be With You